Thursday, June 16, 2016

Penjelasan Kitab Yaqut Nafis (Fiqih)

https://s.id/ghGJk

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

   Kitab al-Yaqut al-Nafis atau judul panjangnya al-Yaqut al-Nafis fi Mazhab Ibn Idris fi Fiqh al-Sadat al-Syafi’iyyah merupakan sebuah kitab fiqh dalam mazhab al-Syafi’i. Kitab ini merupakan sebuah karya yang disusun oleh al-‘Allamah al-Sayyid Ahmad bin ‘Umar al-Syathiri (1312-1360H), seorang ulama mazhab al-Syafi’i yang terkenal pada zamannya.

   Kandungan kitab ini membicarakan hampir keseluruhan perbincangan bab fiqh dalam mazhab al-Syafi’i, namun perbincangan secara ringkas. Kitab ini, dianggap sebagai kitab matan fiqh dalam mazhab al-Syafi’i, yang mudah ibaratnya. Untuk memudahkan para pembacanya memahami kitab ini, Sayyid Ahmad al-Syathiri telah menyediakan beberapa penerangan ringkas yang berbentuk hawasyi dan takliq bagi beberapa perkataan dan permasalahan yang dibincangkan dalam kitabnya.

   Kitab yang bermanfaat ini telah dicetak berulang kali dan menjadi teks pengajian fiqh al-Syafi’i di kebanyakan negara Islam. 

   Kitab al-Yaqut al-Nafis ini kemudiannya telah dibuat huraiannya (syarah) oleh Syaikh al-Habib Muhammad bin Ahmad bin Umar al-Syathiri (1422H) dengan judul “ Syarh al-Yaqut al-Nafis fi Mazhab Ibn Idris ”. Beliau merupakan anak kepada pengarang asal kitab al-Yaqut al-Nafis, iaitu al-Sayyid Ahmad al-Syathiri. Berdasarkan terbitan Dar al-Minhaj pada tahun 2007, kitab Syarh al-Yaqut al-Nafis ini dicetak dalam satu jilid yang kandungannya  merangkumi 976 halaman.

   Untuk Penjelasan lengkap bisa di download di sini : Link
   Semoga Bermanfaat.

Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Previous Post
Next Post